Tuesday 5 April 2011

Alkisah Tugas Seorang RECEPTIONIST


Hari Isninku dimulakan dengan hampehnya kerana aku tertinggal kunci drawer opis. NAsib baik Kak Ann ada bawak kunci spare. Kalau tak, jawab telepon dengan lutut tanpa earphone le jawapannya. Oppss... adakah pembaca semua tahu apa pekerjaan saya? Meh sini saya nak cerita serba -sedikit.

Pekerjaan aku ini bukanlah sejenis pekerjaan yang glamer. TAkde dalam senarai cita-cita semasa kanak-kanak pun sebab masa tu aku hanya bercita-cita mau jadi pramugari. Mana lah aku tau yang aku nak membesar menjadi 'tak berapa tinggi' di kemudian hari. NAma pekerjaan saya ialah RECEPTIONIST atau nama melayunya PENYAMBUT TETAMU. Tetapi, sekarang zaman teknologi, penyambut tetamu tidak lagi disebut. Sebut Receptionist aje. HIKS!

Tugas seorang Receptionist berlainan, ikut company apa yang tempat kerjanya. Kebiasaanya, Receptionist banyak diperlukan di syarikat-syarikat besar. Kerjaya ini memerlukan kita pandai dalam commucation skills dan skill ni pulak bukan buleh dapat senang-senang je. Kebanyakkan orang memandang remeh tugas Receptionist ni, akan tetapi, kalau tak ada Reception , tak cerialah sesebuah ofis itu. HAkikanya, Receptionist adalah TONGGAK kemachoan sesebuah organisasi atau syarikat. Cara Receptionist menjawab panggilan dan memberi segala info tentang syarikat yang diwakil serta tata-cara berkomunikasi akan menetunkan gahnya sesebuah company itu.

Menariknya tentang kerjaya ni, walaupun ia tidak glamer di mata masyarakat, tetapi anda glamer di mata staf-staf yang satu company dengan anda. Anda sentiasa rasa diperlukan dan orang sentiasa melihat anda. Anda ialah perkara pertama  yang guests akan lihat. Anda adalah orang pertama yang akan menjawab panggilan penting dan segala-galanya kena melalui anda terleih dahulu. PAnggilan masuk dan panggilan keluar juga diuruskan anda. Hmm... bunyi macam remeh kan? Tetapi tidakk......

Adalah penting untuk anda kelihatan menarik dan tidak semak jika bekerka seperti ini. Tidak perlulah beria sangat bersiap, cukuplah sekadar kemas dan berseri-seri. Jangan la pulak pakai baju pengantin datang kerja.sebab nak berseri-seri ye dak. Biasanya, apa yang Receptionist pakai akan menjadi ikutan dan macam satu disiplin plak kat opis tu. So, pastikan Receptionist pakai lagi vogue dari staf-staf lain OK menghasut aku nih! Receptionist ni macam trend-setter tau. KAlau Receptionist pakai tudung bumbung, maka semua pakat pakai tudung bumbung. Dan Receptionist inilah yang biasanya membantu staf-staf lain meniaga kat opis. DIa beli, pastu dia pakai. Pastu orang len beli pulak... HAAA... ada paham ka?

Attitude juga penting sebagai seorang Receptionist. Anda perlulah tidak bersikap berat sebelah. Kenapa macam tu? Well, RECEPTION DESK is the centre of informations. I mean ALL kinds of INFORMATIONS. Biasakan diri anda dengan topik-topik mengumpat atau khabar angin yang anda dengar, tetapi do not get involve. This is important in order to make yourself LIKEABLE. Kengkadang, ada staff yang nak luahkan perasaan kat anda, so biarkan je. Dengar, tetapi simpan dalam hati. Dan, intonasi suara anda ketika bercakap adalah penting. MEskipun anda memang dilahirkan dalam family yang telinganya berdesibel tinggi, jika anda memilih Receptionist sebagai kerjaya anda, sila tukarkan tone suara anda supaya lebih selesa didengari orang lain. KAlau mcm aku ni, suara aku tetap macam budak umur 15 tahun , even how hard I tried.

Ketidakmenarikan pekerjaan ini ialah, anda mudah terdedah kepada fitnah, jika anda tidak tahu menjaga diri. Perkara ini sedah selalu berlaku dan perkara macam inilah yang menjatuhkan martabat seorang RECPTIONIST. Pulak tu kalau individu tersebut jenis yang BAJET CUN sepanjang masa, perasan lak macam dia sorang je cantik kat alam semesta ni (kalau dia cantik la) , pantang ada orang puji sikit bukan main kembang lagi buntut dia. PAstu meleret-leret sampai bersms tgh malam.. Tau-tau je bini ntah sesapa datang serang kat kaunter. ADOIYYAI....~  No no no ~ Jangan buat itu macam aaa....

Another ketidakmenarikkanya ialah anda kena kawal emosi sentiasa. Tidak boleh menunjukkan reaksi negatif, walaupun masa tu ada memang rasa nak nangih sangat. Agressiveness, LAGI LA TAK BULEH. Tidak boleh melalak, menyalak atau menjerit-jerit. Receptionist perlulah sentiasa behave dan lendik gitu. HAHAH .. aku tak penah pownnnn......  Sebab tu la pentingnya fesbuk bagi para Receptionist. Seandainya marah, atau tak puas hati ngan pape, dia buleh maki hamun dalam post dia je. Dengan cara itu, emosinya terubat sedikit... Bos, sila unblocked fesbuk buley tak??

Aku sudah hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia permotoran skilled-communication ni. Dahulu aku ialah seorang customer representative dan kendian bertukar kerja menjadi Receptionist plak sebab tak tahan kerja shift. KEsimpulannya, aku memang Receptionist tegar. And I love my job.

Proud to serve.
rindu kat dia... rindu sangat2